Menghilangkan Sunburn


Assalammualaikum kepada muka-muka kuali semua. Haha. 

Gadis remaja sering mengalami masalah kulit muka terbakar atau sunburn. Macam-macam cara dan produk kecantikan yang korang dah tepek dekat muka korang tapi tak hilang juga sunburn. Mis S akan bincangkan tentang sunburn dan mencadangkan beberapa cara untuk mengatasi sunburn.


Apa itu Sunburn?


Kesan terbakar yang timbul ketika organ manusia iaitu kulit yang terdedah terlalu lama dengan sinar matahari atau sinar Ultraviolet lain.


Punca Sunburn


Sunburn terjadi apabila pigmen yang melindungi kulit tidak lagi dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari atau sinaran ultraviolet. Bagi mereka yang berkulit putih, sunburn boleh terjadi kurang daripada 15 minit ketika waktu tengah hari. Mereka yang berkulit gelap pula, sunburn boleh terjadi dalam masa beberapa jam jika terdedah dengan sinaran matahari atau ultraviolet secara berterusan.

Sunburn tidak sama seperti melecur. Kesan sunburn tidak kelihatan ketara tetapi melecur akibat terbakar meninggalkan kesan terbakar pada kulit. Sebahagian daripada kes melecur akibat terbakar, kesan melecur boleh hilang jika dirawat secara berterusan. Sesetengah kes pula akan meninggalkan kesan yang kekal. Pada peringkat awal sunburn, kulit kita akan menjadi kemerahan dan terasa pedih. Kemudian kulit akan mula menjadi kering dan gelap. Sel-sel kulit akan mati dan mula menggelupas.

Kesalahan yang sering korang buat bila kulit menggelupas ialah korang akan kupas kulit korang yang dah terkupas. SALAH! Jangan sesekali gatal tangan nak kupas kulit yang kering. Kalau kulit korang mnggelupas, biarkan aje kulit tu mnggelupas dengan sendiri. Kalau korang terus kupas kulit tu, muka korang akan jadi lebih teruk.


Cara Mengatasi Sunburn 

  •   Menggunakan Cara Tradisional





Lidah Buaya

 Korang boleh menggunakan lidah buaya sebagai ubatnya. Caranya, dapatkan lendir dari lidah buaya dan sapukan lendir tersebut pada kulit muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit sehingga kering. Kemudian basuh dengan air sejuk. Amalkan petua ini sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 





Buah Tomato

Buah tomato memang terkenal dengan khasiat untuk kulit. Orang yang suka makan tomato pasti memiliki kulit yang bersih dan cantik. Tapi Mis S tak suka makan tomato. Hehe. Buah tomato ni korang boleh jadikan jus dan minum setiap hari sebelum sarapan. Khasiat dari jus tomato boleh menyejukkan kulit dan merawat kulit muka dari dalam. Selain dari tu, hancurkan buah tomato dan letakkan pada kulit muka selama 20 minit. Buat setiap hari sehingga sembuh. Insyaa Allah sembuh.


  • Menggunakan Produk di Pasaran









Kalau korang ni jenis yang malas nak ke dapur nak proses bahan-bahan tu semua, korang boleh gunakan produk-produk yang banyak di pasaran yang khusus untuk sunburn. Tapi Mis S nak syorkan pproduk ni sebab Mis S dah selalu guna dan sentiasa menjadi. Selalu jugalah Mis S kena sunburn ni sebab training dekat U ni memang berjemur aje kerjanya. Tapi setiap kali kena sunburn, mesti sembuh dalam masa singkat. Rahsianya? Gunalah gel Aloe Vera! Sebelum korang nak pergi berjemur, pakai dulu gel ni dekat muka sekurang-kurangnya 10 minit sebelum berjemur. 

Ingat! Setiap kali korang berjemur, jangan pakai apa-apa dekat muka! Jangan pakai apa-apa krim pun atau sebarang makeup! Muka korang akan bertambah teruk kalau berjemur dengan makeup. Kalau nak pakai krim pencegah sunburn atau krim UV, sapukan lapisan yang nipis sahaja dan pastikan krim UV tu selamat. Macam biasa, sapu 10 minit lebih awal. 

Berbalik pada gel tadi, lepas habis berjemur, basahkan muka korang dengan air sejuk dan sapukan gel Aloe Vera sekali lagi. Lakukan sehingga sunburn korang hilang. Tadaa! Selamat Mencuba!






3 comments:

  1. Sis produk ni de jual di mane ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk ni senang didapati di pasaran. Mis S selalu beli di Watson.

      Delete
  2. Sis produk ni de jual di mane ye

    ReplyDelete