Azam Tahun Baru!


assalammualaikum
Wau! Lagi berapa jam je lagi nak masuk tahun 2013. Macam biasalah kalau da tahun baru mestilah azam pun baru kan?? Tapi Syaz punya azam tahun lepas tak tercapai lagi.. hhmm... Bukan semua azam dapat dilaksanakan dalam masa setahun. Ada azam yang memerlukan masa lebih dari setahun untuk direalisasikan. Tapi doa Syaz untuk berubah ke jalan yang benar telah pun tercapai. Ilmu agama pun tak disia-siakan lagi. Syaz harap korang pun macam tu jugak k..

Dalam kesibukan menyambut tahun baru ni, jangan sesekali kita lupa yang setiap daripada kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Semakin tinggi kedudukan kita semakin besar tanggungjawab yang kita terpaksa pikul. Sekadar untuk mengingati agar jangan terlalu leka sampai lupa apa tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi ni.

Tak ada yang special untuk malam tahun baru kali ni. Kalau tahun lepas abah Syaz bawa Syaz n family sambut tahun baru dekat Melaka. Tapi tahun ni x sambut sbb abah kena jga nenek. So, sebenarnya mana2 pn same je asalkan korang happy..


Tips Hadiri Temuduga

assalammualaikum

Aku nak citer pengalaman pertama aku hadiri temuduga. Lepas je SPM aku dan kawan2 aku sibuk nak cari kerja. Tapi silap kitaorang sebab sepatutnya kitaorang minta kerja awal2 lagi sebelum habis sekolah. Bila kitaorang pergi dekat shopping complex tu, semua kerja kosong yang kitaorang tengok dulu semua dah penuh kecuali 2 kedai. Kedai pertama tu kedai pc and of course aku sorang je yang apply kerja tu. Second shop butik. Semua apply kerja dekat situ. Still tak puas hati lagi, aku call kakak aku yang tangah cuti nikah tu tanya macam mana nak minta kerja dekat Jusco. Las sekali kitaorang decide tunggu kakak aku masuk kerja balik and adjust kerja untuk kitaorang.

Tiba-tiba semalam aku dapat call dari kedai pc tu suruh aku datang temuduga and today aku gagahkan diri aku pergi Jusco naik bas sorang2. It was so hard for me! Sebelum pergi interview tu, of course kena study sikit2 pasal komputer takut2 dia tanya nanti. Research pasal interview pun kena wat jugak sebagai persediaan. Well, interview tadi berjalan dengan lancar, ALHAMDULILLAH. Walaupun belum conform lagi dapt atau tak, tapi minta2 la aku dapat kerja tu. So, aku nak share dengan korang tips2 sebelum n semasa korang pergi interview untuk apa2 jenis jawatan sekalipun. Harap2 entri kali ni dapat tolong korang k..








TIP TEMUDUGA


Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

 

SOALAN BIASA

 

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“Please introduce yourself” atau “Sila perkenalkan diri anda”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
Jawapan calon bagaimana?

“Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini”

“saya sekolah tadika di…, “

“Saya sudah berkahwin dah punyai ….anak”

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan ‘disadvantages’ buat calon tersebut. Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.
Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-
  1. Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
  2. Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
  3. Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan salasilah keluarga, nama emak, nama datuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.
Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

 

Tahap Satu


 Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-
  • Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.
Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.
Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.
  • Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.
Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.
Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.
Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain”
Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.
  • Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.
Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,
Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :

“Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya”

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.
  • Mengapa kerap menukar kerja?
Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, ‘melompat-lompat’.
Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor ‘Oil & Gas’ pernah berkata kepada saya :

“Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject”

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.
Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-
  1. Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
  2. Gila pangkat.
  3. Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
  4. Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
  5. Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
  6. Kurang kemahiran interpersonel.

 

Tahap Kedua


Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-
  1. Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
  2. Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
  3. Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
  4. Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
  5. Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.
Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah
sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.
Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.
Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.
Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-
  • Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.
Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.
Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.
Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

“Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini”

  • Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar “InshaAllah” dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.
Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.
  • Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan ‘over’ tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.
  • Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.
Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.

 

Tahap akhir

 

Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.
Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.
Justeru, ‘expected salary’ mestilah melihat kepada ‘salary scale’ di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.
Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.
Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.
Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.
Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.
Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.
Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-
  1. Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai ‘scale’ yang berbeza.
  2. Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.
  3. Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.
  4. Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.
Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

“Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?”

Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

“Berapa minimum yang anda boleh agaknya?”

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.
Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan ‘performed’ dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.

 

Soalan Penutup

 

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

“Do you have any question?” atau ” Saudara/i ada apa-apa soalan?”

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan”
Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.
Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak ‘performed’ di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.




Watch Istanbul Aku Datang!



assalammualaikum
korang dah tengok movie ni?? seriously best gler!! Dalam citer ni memang jelas watak Betto seriously romantik! Tak perlu buat citer kat Paris untuk nampak romance tapi Istanbul pun boleh jugak. Tapi dalam citer ni dia tak tunjukkan pada penonton pun tempat2 yang menarik dekat situ. Biasanya kalau citer lain yang buat penggambaran dekat luar negara mesti diaorang selitkan juga tempat2 menarik kat tempat tu untuk tarik lebih ramai penonton menonton citer tu. Tapi Istanbul Aku Datang! tak macam tu. 

Citer ni hanya fokus dekat kisah seorang gadis Malaysia yang datang ke Istanbul semata2 untuk pastikan teman lelaki dia melamar dia sebelum dia balik ke Malaysia. Tapi korang memang tak akan kecewa bila tengok citer ni. Memang tak rugi kalau korang habiskan duit korang untuk tengok citer ni dekat wayang.

Tapi aku rasa citer ni ade mirip sikit dengan drama korea .......... Tapi aku tak nak komen apa2 sebab citer ni memang best.. Cuma, dalam cerita ni pergaulan bebas dia memang bebas. haha~ so, aku harap korang yang tonton citer ni takkan terpengaruih dengan bende2 yg tak sepatutnya korang terpengaruh.
Enjoy!


klik gambar untuk tonton



Lesson from past....

assalammualaikum...
MERDEKA! kalau negara merdeka 31 ogos, aku merdeka 6 Disember! tarikh keramat yang takkan aku lupakan seumur hidup aku. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang 2 tahun aku bergelar pelajar di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan.

Kini, aku mula rindukan kawan2 aku. Bila aku tengok balik gambar2, memang banyak kenangan aku dekat sana. Tapi seandainya aku diberi pilihan untuk kembali ke sana semula dan hidup sebagai pelajar ingkatan 5 Pengaturcaraan Komputer, aku sama sekali akan menolak. Cukuplah dengan semua ujian yang aku hadapi dekat sana. Aku tak sanggup lagi nak nak rasa dipinggirkan, tidak dipedulikan, dikhianati, dibenci, difitnah.. Aku tak sanggup lagi nak rasa sakitnya cinta ditolak. Tapi aku tahu, semua yang berlaku atas diri aku pasti ada hikmahnya.

Cerita aku bersama kawan-kawan aku memang tak mampu aku nak ceritakan sepenuhnya. Mungkin tak cukup untuk satu page dalam blog ni. Tapi memang banyak yang aku belajar daripada persahabatan aku. Mereka mengajar aku erti sahabat, betapa pentingnya tolong-menolong, kejujuran dan belas kasihan. Dalam persahabatan kita mesti menghormati sahabat kita dan jangan sesekali mengkhianati mereka walau apa pun alasannya. Persahabatan juga mungkin terjalin atas dasar kasihan. Kita kasihankan seseorang itu yang ditinggalkan rakan-rakannya akibat perbuatannya sendiri. Si dia menghampiri kita dan meminta kita untuk berteman dengannya. Mungkin kita menerimannya keranan kasihan atau mungkin kita ikhlas, tapi tanpa kita sedari, kita telah menyakiti hati sahabat sebenar kita yang sentiasa berada di sisi kita. Akhirnya, kita sendiri yang terjerat dengan perangai si dia yang menyusahkan hidup kita dan membuatkan kita dibenci orang. Yang paling teruk, kita akan ditinggalkan sahabat kita yang penat menasihati kita untuk berhati-hati dengan si dia.. Itulah situasi yang sering melanda rakan-rakanku di sana.




Pada pendapat aku, tidak salah untuk berkawan dengan sesiapa pun tapi kita mestilah pandai menjaga diri dan menjaga perasaan orang lain yang sentiasa mengambil berat tentang kita. Jangan disebabkan nak jaga perasaan rakan kita, kita melukai hati sahabat kita. Kita mesti pandai membezakan antara rakan, teman dan sahabat. Kadang2 aku sendiri mencari2 siapa rakan aku? siapa teman aku? dan siapa sahabat aku? Apa yang aku buat? Aku hanya menjadi diri aku sendiri dan jangan sesekali merubah diri kita semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Setiap manusia yang dijadikan Tuhan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi kenapa kita nak jadi orang lain untuk tarik perhatian orang lain? Sia-sia je!

Aku ada kenal seorang yang aku boleh panggil dia sahabat. Dia sentiasa menerima sesiapa saja yang nak melekat dengan dia. Ramai budak2 dekat sana yang bila bergaduh dengan geng diaorang, mesti mengadu dekat minah ni. Kalau geng diaorang dah tak nak kawan dengan dia, diaorang mesti akan menempel dekat minah ni. Minah ni pula jenis tak kisah asalkan tak menyusahkan dia. Tapi bila dah menyusahkan dia, dia pula tak sanggup nak halau budak tu dari terus bertenggek dekat dia. Minah ni terlalu baik bagi aku. Dia sentiasa memberi kepada orang lain. Mungkin sebab tu orang lain suka ambil kesempatan ke atas diri dia. Aku pernah tanya pasal ni dekat dia, dia cuma jawab selagi dia tak menyusahkan aku, tak apa. Pelik kan? Korang pernah jumpa perempuan macam tu?? Even aku pun pernah ambil kesempatan atas kebaikan dia. Hehe.. 

Apa yang aku nak sampaikan dekat korang, bila korang dah dapat kawan yang boleh dibuat sahabat sejati, janganlah korang ambil kesempatan atas kebaikan dia tu. Korang sepatutnya melindungi dia dari terus dipergunakan orang lain. Itu yang aku selalu buat dekat minah tu. Pernah ada salah faham antara ku dengan dia. Memang dia betul2 marah dengan aku. Tapi dia tak pernah mencaci aku macam mana kawan2 aku yang lain buat dekat aku. Bagi dia, walaupun aku salah tapi dia tak berhak untuk menghukum aku dan dia bukannya jenis yang suka menyakitkan hati orang lain. Walaupun itu cuma salah faham, tapi dia tetap hormat aku sebab dia tahu aku tak bersalah. Aku selalu berdoa supaya aku dapat jadi macam dia.

Akhir dari aku, tolonglah! Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Sentiasa pandang orang lain. Kalau kita berada di atas, sentiasalah pandang orang di bawah. Pandang pun janganlah pandang jer, tolonglah. Semakin tinggi kita berada, semakin sakit kesakitan yang bakal kita rasa jika kita terjatuh nanti. Orang2 yang di bawahlah yang akan menolong kita untuk naik semula. Oleh itu, sentiasalah jujur dengan diri sendiri dan jangan sombong dengan kelebihan yang kita ada. Hargailah semua orang di sekeliling kita. Sahabat itu ibarat mutiara.