Lesson from past....

assalammualaikum...
MERDEKA! kalau negara merdeka 31 ogos, aku merdeka 6 Disember! tarikh keramat yang takkan aku lupakan seumur hidup aku. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang 2 tahun aku bergelar pelajar di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan.

Kini, aku mula rindukan kawan2 aku. Bila aku tengok balik gambar2, memang banyak kenangan aku dekat sana. Tapi seandainya aku diberi pilihan untuk kembali ke sana semula dan hidup sebagai pelajar ingkatan 5 Pengaturcaraan Komputer, aku sama sekali akan menolak. Cukuplah dengan semua ujian yang aku hadapi dekat sana. Aku tak sanggup lagi nak nak rasa dipinggirkan, tidak dipedulikan, dikhianati, dibenci, difitnah.. Aku tak sanggup lagi nak rasa sakitnya cinta ditolak. Tapi aku tahu, semua yang berlaku atas diri aku pasti ada hikmahnya.

Cerita aku bersama kawan-kawan aku memang tak mampu aku nak ceritakan sepenuhnya. Mungkin tak cukup untuk satu page dalam blog ni. Tapi memang banyak yang aku belajar daripada persahabatan aku. Mereka mengajar aku erti sahabat, betapa pentingnya tolong-menolong, kejujuran dan belas kasihan. Dalam persahabatan kita mesti menghormati sahabat kita dan jangan sesekali mengkhianati mereka walau apa pun alasannya. Persahabatan juga mungkin terjalin atas dasar kasihan. Kita kasihankan seseorang itu yang ditinggalkan rakan-rakannya akibat perbuatannya sendiri. Si dia menghampiri kita dan meminta kita untuk berteman dengannya. Mungkin kita menerimannya keranan kasihan atau mungkin kita ikhlas, tapi tanpa kita sedari, kita telah menyakiti hati sahabat sebenar kita yang sentiasa berada di sisi kita. Akhirnya, kita sendiri yang terjerat dengan perangai si dia yang menyusahkan hidup kita dan membuatkan kita dibenci orang. Yang paling teruk, kita akan ditinggalkan sahabat kita yang penat menasihati kita untuk berhati-hati dengan si dia.. Itulah situasi yang sering melanda rakan-rakanku di sana.




Pada pendapat aku, tidak salah untuk berkawan dengan sesiapa pun tapi kita mestilah pandai menjaga diri dan menjaga perasaan orang lain yang sentiasa mengambil berat tentang kita. Jangan disebabkan nak jaga perasaan rakan kita, kita melukai hati sahabat kita. Kita mesti pandai membezakan antara rakan, teman dan sahabat. Kadang2 aku sendiri mencari2 siapa rakan aku? siapa teman aku? dan siapa sahabat aku? Apa yang aku buat? Aku hanya menjadi diri aku sendiri dan jangan sesekali merubah diri kita semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Setiap manusia yang dijadikan Tuhan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi kenapa kita nak jadi orang lain untuk tarik perhatian orang lain? Sia-sia je!

Aku ada kenal seorang yang aku boleh panggil dia sahabat. Dia sentiasa menerima sesiapa saja yang nak melekat dengan dia. Ramai budak2 dekat sana yang bila bergaduh dengan geng diaorang, mesti mengadu dekat minah ni. Kalau geng diaorang dah tak nak kawan dengan dia, diaorang mesti akan menempel dekat minah ni. Minah ni pula jenis tak kisah asalkan tak menyusahkan dia. Tapi bila dah menyusahkan dia, dia pula tak sanggup nak halau budak tu dari terus bertenggek dekat dia. Minah ni terlalu baik bagi aku. Dia sentiasa memberi kepada orang lain. Mungkin sebab tu orang lain suka ambil kesempatan ke atas diri dia. Aku pernah tanya pasal ni dekat dia, dia cuma jawab selagi dia tak menyusahkan aku, tak apa. Pelik kan? Korang pernah jumpa perempuan macam tu?? Even aku pun pernah ambil kesempatan atas kebaikan dia. Hehe.. 

Apa yang aku nak sampaikan dekat korang, bila korang dah dapat kawan yang boleh dibuat sahabat sejati, janganlah korang ambil kesempatan atas kebaikan dia tu. Korang sepatutnya melindungi dia dari terus dipergunakan orang lain. Itu yang aku selalu buat dekat minah tu. Pernah ada salah faham antara ku dengan dia. Memang dia betul2 marah dengan aku. Tapi dia tak pernah mencaci aku macam mana kawan2 aku yang lain buat dekat aku. Bagi dia, walaupun aku salah tapi dia tak berhak untuk menghukum aku dan dia bukannya jenis yang suka menyakitkan hati orang lain. Walaupun itu cuma salah faham, tapi dia tetap hormat aku sebab dia tahu aku tak bersalah. Aku selalu berdoa supaya aku dapat jadi macam dia.

Akhir dari aku, tolonglah! Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Sentiasa pandang orang lain. Kalau kita berada di atas, sentiasalah pandang orang di bawah. Pandang pun janganlah pandang jer, tolonglah. Semakin tinggi kita berada, semakin sakit kesakitan yang bakal kita rasa jika kita terjatuh nanti. Orang2 yang di bawahlah yang akan menolong kita untuk naik semula. Oleh itu, sentiasalah jujur dengan diri sendiri dan jangan sombong dengan kelebihan yang kita ada. Hargailah semua orang di sekeliling kita. Sahabat itu ibarat mutiara.
   

No comments:

Post a Comment